LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA - PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)

Lembaga Jurutera Malaysia mempelawa permohonan dari calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan mengisi jawatan:-

PENOLONG PEGAWAI TADBIR (N27)

Kelayakan –

  1. Ijazah/Diploma universiti dalam jurusan undang-undang.
  2. Fasih di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia terutama dalam penulisan.
  3. Mempunyai personaliti yang baik dan berkeupayaan dalam perhubungan awam.
  4. Berpengetahuan dalam teknologi maklumat (IT).
  5. Minimum 1 tahun pengalaman bekerja.
  6. Berusia tidak lebih 30 tahun.

Jawatan adalah tetap. Skim gaji berdasarkan Sistem Saraan Malaysia tertakluk kepada kelayakan dan pengalaman.

Pemohon yang berminat dipelawa mengemukakan borang permohonan beserta biodata lengkap merangkumi pengalaman kerja, gaji sekarang, gaji dipohon, salinan sijil, gambar berukuran passport yang tidak dikembalikan, nombor telefon serta email yang boleh dihubungi sebelum atau pada 23 Mac 2009 kepada :

Setiausaha
LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA
Tingkat 17 Ibu Pejabat JKR
Jalan Sultan Salahuddin
50580 Kuala Lumpur

Hanya calon-calon yang terpilih sahaja akan dihubungi.

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy