Jawatan : Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia

Jawatan : Perangkawan

Gred : E41
Kod Skim : 1870
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Jabatan Perangkaan Malaysia
Jadual Gaji : P1T1 RM1693.06 - P1T27 RM4643.06
P2T1 RM1787.68 - P2T27 RM4921.33
P3T1 RM1886.48 - P3T27 RM5223.40

Syarat Lantikan:

  1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan ialah pada Gred E41: P1T3]; atau
  2. Associateship Institute of Statisticians London atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T3]; atau
  3. Ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi atau statistik atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T7]; dan iii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perangkaan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Perangkawan Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  1. mempunyai kelayakan di atas; atau
  2. lulus Peperiksaan Khas; dan
  3. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas: Bertanggungjawab mengurus program dan aktiviti pengumpulan, pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data dalam bidang ekonomi makro, perdagangan, kependudukan, demografi, tenaga manusia, alam sekitar dan bidang lain-lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.


Sebarang permohonan untuk berkhidmat di Jabatan ini atau di dalam mana-mana perkhidmatan awam boleh dibuat dengan mengisi borang SPA8i yang boleh diperolehi di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Sila layari www.spa.gov.my untuk maklumat lanjut dan memohon secara online.

Bagi jawatan kontrak/sambilan, tuan/puan boleh menulis surat permohonan berserta dengan maklumat peribadi kepada:

Pengarah Kanan,
Bahagian Pengurusan dan Sumber Manusia,
Jabatan Perangkaan Malaysia,
Aras 8, Blok C6, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62514 Putrajaya.
Faks: 03 - 8888 9250

Pengambilan akan dibuat hanya jika terdapat kekosongan.

Jawatan yang boleh dipohon mengikut kelayakan ialah
(i) Perangkawan - Ijazah Sarjana Muda ke atas
(ii) Penolong Pegawai Perangkaan - Diploma
(iii) Pembantu Perangkaan- SPM

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy