JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN NILAI

WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan di Majlis Perbandaran Nilai. Keutamaan kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.
A . JAWATAN KONTRAK
Bil
Jawatan
Jadual Gaji
Elaun Tetap

1


Jurutera (Awam) J41
(1 kekosangan)

P1T1 -P1T23
RM 2088.25 - RM4721.03


ITKA : RM 300
ITP : RM250
BSH : RM200





2


Pembantu Teknik (Ukur Bahan) J29
(1 kekosongan)

P1T1 -P1T21
RM 1549.40 - RM3046.80


ITKA : RM 160
ITP : RM180
BSH : RM200





3


Juruteknik (Senibina) J17
(1 kekosongan )

P1T1 -P1T26
RM 843.06- RM2325.37


ITKA : RM 115
ITP : RM180
BSH : RM200





4


Juruteknik Komputer FT17
(1 kekosongan )

P1T1 -P1T26
RM 843.06- RM2325.37


ITKA : RM 115
ITP : RM180
BSH : RM200





5


Pembantu Tadbir Rendah N11
(Pengawas Bandar)
(2 kekosongan )

P1T1 -P1T26
RM 709.59- RM1750.21

ITKA : RM 95
ITP : RM180
BSH : RM200





6


Pemandu Kenderaan R3
(2 kekosongan )

P1T1 -P1T17
RM 701.42- RM1354.86

ITKA : RM 95
ITP : RM180
BSH : RM200





ITKA : Imbuhan Tetap Khidmat Awam
ITP : Imbuhan Tetap Perumahan
BSH : Bantuan Sara Hidup

B. SYARAT LANTIKAN

1. JURUTERA (AWAM) - GRED J41

i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi - institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

DAN Lulus Bahasa Malaysia/ Bahsa melayu ( termasuk lulus ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
( Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T2);


2. PEMBANTU TEKNIK (UKUR BAHAN) - GRED J29

I) Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-instusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
( Gaji permulaan ialah pada Gred J29:P1T2); atau

DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan


3. JURUTEKNIK (SENIBINA) - GRED J17

i) Sijil dalam bidang seni bina dari politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred J17: P1T9 )

DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan


4. JURUTEKNIK KOMPUTER - GRED FT17

i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
( Gaji permulaan adalah pada Gred J17: P1T6 ) dan

ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
( Gaji permulaan adalah pada Gred J17: P1T9 )

DAN Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


5. PEMBANTU TADBIR RENDAH - GRED N11

i) Penilaian Menengah Rendah / Sijil Pelajaran Malysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DAN Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


6. PEMANDU KENDERAAN - GRED R3

i) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
ii) Memiliki lesen memandu Kelas E yang dikeluarkan oleh Jabatan pengankutan Jalan.
iii) Berkebolehan memandu, mengendalikan dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan.
iv) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
( Gaji permulaan ialah pada Gred R3: P1T4 )


C. CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan ( MPN. 1/01 ) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM 1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos.

Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-


YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 20 MARCH 2009


2) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.

3) Iklan juga boleh didapati melalui laman web www.mpn.gov.my

4) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik ;

5) Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan;

6) Hanya calon yang layak selepas tapisan/senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ujian fizikal atau temuduga;

7) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Nilai.

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy