JAWATAN KOSONG DI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

1. PEGAWAI KAJI BUMI GRED C41 (KONTRAK)
2. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29 (TETAP)
3. PEMBANTU KESIHATAN AWAM GRED U17 (TETAP)
4. JURURAWAT MASYARAKAT GRED U19 (TETAP)
5. PEMBANTU AM PEJABAT (PENJAGA LIF) GRED N1 (KONTRAK)
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi
mengisi jawatan kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti berikut :

A.
1. Jawatan : PEGAWAI KAJI BUMI (GEOFIZIK/KAJI BUMI)
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
Klasifikasi : PERKHIDMATAN SAINS
Taraf Jawatan : KONTRAK
Jadual Gaji : GRED C41 :
P1T1 RM1716.72 – P1T27 RM4716.86
I. Syarat Lantikan:
(a) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian dalam bidang kaji bumi, geofizik,
fizik (geofizik) atau kaji bumi (geofizik) yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred C41: P1T3); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. Jawatan : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
Kumpulan Perkhidmatan : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, SOKONGAN
(SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU)
Klasifikasi : PERKHIDMATAN PERUBATAN
DAN KESIHATAN
Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED U29 :
P1T1 RM1160.69 – P1T21 RM3057.39
P2T1 RM1231.78 – P2T21 RM3279.74
P3T1 RM1305.89 – P3T21 RM3476.28
I. Syarat Lantikan:
(a) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred U29: P1T6); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
II. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan
Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik Berkenaan
untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai
Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan : -
(a) mempunyai kelayakan di perenggan I(a) di atas.

3. Jawatan : JURURAWAT MASYARAKAT
Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN
Klasifikasi : PERKHIDMATAN PERUBATAN
DAN KESIHATAN
Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED U19 :
P1T1 RM827.94 – P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 – P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 – P3T24 RM2423.63

I. Syarat Lantikan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan
mendapat Sijil Jururawat Masyarakat yang diiktiraf oleh
Kerajaan serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat
Malaysia dan Lembaga Bidan Malaysia;
(Gaji permulaan ialah pada Gred U19: P1T7); dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
II. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jururawat dan
Atendan Kesihatan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik
Berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Jururawat
Masyarakat Gred U19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan : -
(a) mempunyai kelayakan di perenggan I(a) di atas

4. Jawatan : PEMBANTU KESIHATAN AWAM
Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN
Klasifikasi : PERKHIDMATAN PERUBATAN
DAN KESIHATAN
Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : GRED U17 :
P1T1 RM862.73 – P1T17 RM1711.21
P2T1 RM914.16 – P2T17 RM1809.64
P3T1 RM967.10 – P3T17 RM1912.44
I. Syarat Lantikan:
(a) (i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(ii) tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan
mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh
kerajaan; dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran
atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

II. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat,
Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbang oleh
Pihak Berkuasa Melantik Berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan
ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, tertakluk kepada
kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan : -
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan I(a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas.

5. Jawatan : PEMBANTU AM PEJABAT (PENJAGA LIF)
Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN
Klasifikasi : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN
DAN SOKONGAN
Taraf Jawatan : KONTRAK
Jadual Gaji : GRED N1 :
P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79
I. Syarat Lantikan:
(a) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh
kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; dan
(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Malaysia
dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N1: P1T2)
B. UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN):
Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan.
C. CARA MEMOHON
(i) Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang
DBKL(P)-J/1 yang boleh dimuat turun (download) dari Portal Rasmi Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari http://www.dbkl.gov.my dan
Portal Intranet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan melayari
http://Intranet.dbkl.gov.my.
(ii) Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara dan Ijazah/Diploma
dari Institut Pengajian Tinggi Swasta hendaklah menyemak kelulusan di
laman web http://www.jpa.gov.my/pengiktirafan kelayakan.

(iii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan
salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Ijazah dan Transkrip Akademik,
Diploma dan Transkrip Akademik, Sijil-Sijil yang berkaitan, Sijil-Sijil
Persekolahan yang telah disahkan dan sekeping gambar yang terbaru
berukuran pasport.

D. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP:
Permohonan hendaklah sampai kepada:-
PENGARAH
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN)
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR
TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK,
JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR
Sebelum atau pada : 13 Mac 2009 (Hari Jumaat)
E. CATATAN:
(i) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(ii) Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
(iii) Hanya calon-calon yang layak selepas ditapis sahaja akan dipanggil
temuduga.
(iv) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas
6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap
permohonan tuan/puan tidak berjaya.
Tarikh Iklan Disiarkan : 27 Februari 2009 (Hari Jumaat)
Tarikh Tutup : 13 Mac 2009 (Hari Jumaat)

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy