IKLAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia sahaja yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred R3

2. Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

3. Jadual Gaji :
Gred Jadual Gaji
Gred R3 : P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59

4. Imbuhan Tetap / Bantuan :
(a) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00
(b) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 180.00
(c) Bantuan Sara Hidup : RM 200.00

5. Syarat-Syarat Lantikan Terus :
Calon bagi lantikan terus hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(b) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan
(c) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
(d) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan
yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini, dan
(e) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan baik

6. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan kejawatan berkenaan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan :-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 5 (c) dan (d) diatas, dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

7. Tarikh Tutup Permohonan : 5 Ogos 2010 (Khamis)


8. Peraturan Memohon :
(a) Borang permohonan jawatan boleh didapati di Pejabat Lembaga Pelabuhan Kuantan pada waktu pejabat atau melalui laman web : http://www.lpktn.gov.my Permohonan melalui pos hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 23sm x 10sm beralamat sendiri dengan bersetem 50 sen.

(b) Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar kepada :

PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
TANJUNG GELANG
PETI SURAT 161 25720 KUANTAN ( Permohonan jawatan)

9. Peraturan-Peraturan Lain :
(a) Permohonan dianggap tidak berjaya jika tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan
(b) Permohonan hendaklah dimajukan melalui Ketua Jabatan masing-masing jika permohon sedang berkhidmat dengan Kerajaan,Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan.
(c) Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

Bahagian Kewangan dan Pentadbiran, Lembaga Pelabuhan Kuantan

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM(IMAM) GRED S41, PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG IMAM) GRED S27 DAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLA

Ruj. Kami : JAI.Sel.BKP/04/016/02/5 Jld.2 ( )
Tarikh : 13 Julai 2010

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Senarai Edaran:

Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM(IMAM) GRED S41, PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG IMAM) GRED S27 DAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 (BILAL/SIAK) KONTRAK DI JABATAN AGAMA
ISLAM SELANGOR

Adalah dengan segala hormat merujuk kepada perkara di atas.

2. Bersama- sama ini dikemukakan iklan jawatan kosong (kontrak) di Jabatan Agama Islam Selangor untuk edaran dan dipamerkan di papan kenyataan organisasi Y. Bhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan.

3. Kerjasama dan perhatian Y. Bgh Dato’ / Datin / Tuan / Puan, di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ HAJI MUHAMMAD KHUSRIN BIN HAJI MUNAWI)

Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor

-----------------------------------------------------------------------

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

IKLAN JAWATAN KOSONG

1. JAWATAN GRED
A. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM) S 41
B. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S 27
(PENOLONG IMAM)
C. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (BILAL/SIAK) S 17

2. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

Jawatan A, B, C : Perkhidmatan Sosial

3. JADUAL GAJI
1. Jawatan A Gred S41 : P1T1: RM1688.89 - P1T27:RM4638.89 P2T1: RM1783.51 - P2T27:RM4917.16 P3T1: RM1882.31 - P3T27:RM5219.23

2. Jawatan B Gred S27 : P1T1: RM1204.55 - P1T26:RM3027.10 P2T1: RM1274.13 - P2T27:RM3213.25 P3T1: RM1346.73 - P3T27:RM3405.26

3. Jawatan C Gred S17 : P1T1: RM820.38 - P1T24:RM2151.35 P2T1: RM871.81 - P2T24:RM2272.50 P3T1: RM924.75 - P3T24:RM2397.95

4. TARAF JAWATAN : KONTRAK

5. UMUR (Pada tarikh iklan ditutup)
(a) Calon- calon lantikan terus mesti tidak kurang dari 18 tahun.
(b) Bekas Anggota Tentera atau Polis yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

6. WARGA NEGARA MALAYSIA

7. SYARAT LANTIKAN JAWATAN A :

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM) GRED S41
Syarat Lantikan:
(a)
(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3);
dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN B : PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG IMAM) GRED S27

Syarat Lantikan:


(a) (i) Sijil tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau (ii) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5);atau

(iii) diploma dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5) dan (b) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN C : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 (BILAL/SIAK)
Syarat Lantikan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
(ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan penuh kerajaan. dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

9. CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS-BPN.1) yang boleh diperolehi di alamat

Bahagian Khidmat Pengurusan/Unit Sumber Manusia JAIS
Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 Shah Alam Selangor.

(b) Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa dan salinan Sijil Kelahiran serta Sijil- Sijil Persekolahan yang berkaitan.

(c) Permohonan hanya dibuka untuk anak Selangor atau bermastautin melebihi 15 tahun disertakan surat pemastautin. (d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah. (e) Permohonan yang berikut akan ditolak :-
(i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.
(iii) Tidak memenuhi syarat- syarat kelayakan.
(iv) Tidak besertakan gambar.
(v) Tidak ditandatangani.

10. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

(a) Permohonan hendaklah sampai kepada:
PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5,40676 SHAH ALAM.

Sebelum atau pada 6 OGOS 2010

(b) Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat permohonan serta disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi untuk sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Trengganu - BUKAN AKADEMIK

IKLAN JAWATAN KOSONG UMT



Borang Jawatan Kosong (Bukan Akademik)



Pegawai Keselamatan - KP41



Pegawai Laut - A41



Pegawai Penyelidik - Q48 Q51 Q53



Pegawai Pergigian - U41



Pegawai Sains - C41



Pembantu Akauntan - W17



Pembantu Pembedahan Pergigian - U17



Pengawal Keselamatan - KP11



Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam - S27



Penolong Pegawai Sains - C27

Tarikh tutup : 25 Julai 2010

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Trengganu

JAWATAN KOSONG

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan-jawatan kosong seperti berikut :-

Jawatan

Gred

Jumlah Kekosongan

Pegawai Laut

A41

1

Pegawai Penyelidik

Q48/Q51/Q53

2

Pegawai Pergigian

U41

2

Pegawai Sains

C41

1

Pegawai Keselamatan

KP41

1

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

S27

1

Penolong Pegawai Sains

C27

1

Pembantu Akauntan

W17

1

Pembantu Pergigian

U17

3

Pengawal Keselamatan

KP11

2

1.

Taraf Jawatan

Semua jawatan akan dilantik secara TETAP. Walau bagaimanapun, UMT berhak melantik mana-mana jawatan secara Kontrak/Sementara/ Sambilan.

2.

Umur

Pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

3.

Cara Memohon

i) Pemohon yang pernah membuat permohonan melalui iklan-iklan yang lalu dinasihatkan untuk mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

ii) Borang permohonan boleh didapati dan dimuat turun dari laman web rasmi UMT iaitu http://www.umt.edu.my.

iii) Setiap pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan benar:-

(a) Kad Pengenalan/Pasport;

(b) Sijil-sijil Akademik (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D) termasuk transkrip penuh peperiksaan;

(c) Surat pengiktirafan JPA (sekiranya memiliki ijazah dari luar negara atau institusi pengajian swasta);

(d) Sijil-sijil Ko-Kurikulum;

(e) Salinan Rekod Perkhidmatan yang telah dikemaskini (Bagi Penjawat Awam);

(f) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini (Bagi Penjawat Awam);

(g) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada Majikan (Bagi Pekerja Swasta); dan

(h) Salinan slip gaji terakhir.

iv) Hanya pemohon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga akhir. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

v) Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat dan kemukakan semua dokumen tersebut kepada:-

PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
ARAS 1, BANGUNAN CANSELERI DAN PENTADBIRAN
21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p. SEKSYEN PERJAWATAN)

vi) Sila hubungi kami menerusi email perjawatan@umt.edu.my atau talian 09-668 4470/4183/4554 untuk sebarang pertanyaan.

vii) Pihak kami berhak untuk menolak sebarang permohonan yang tidak lengkap tanpa perlu memberikan makluman kepada pemohon.

viii) Tarikh tutup permohonan adalah 25 Julai 2010 (Ahad).

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Kelantan

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan keusahawanan dengan mewajibkan pendidikan keusahawanan merentasi kesemua kurikulum pengajian. Kini tiga kelompok bidang pengajian ditawarkan oleh Universiti iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

UMK memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun Universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

JAWATAN AKADEMIK

BIL
NAMA JAWATAN
GRED

1

PENSYARAH

DS45-KHAS A/B/C

2

GURU BAHASA

DG41

3

TUTOR

DA41


TARIKH TUTUP PERMOHONAN


Jawatan Akademik - Terbuka

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Perlis

Jawatan Kosong Akademik

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, pro-aktif dan komited adalah dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan berikut dalam perkhidmatan awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

JAWATAN AKADEMIK

BIL

NAMA JAWATAN

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

GRED

1.

PROFESOR

Perkhidmatan Pendidikan

KHAS C (VK7)

2.

PROFESOR MADYA

Perkhidmatan Pendidikan

DS53

3.

PENSYARAH

Perkhidmatan Pendidikan

DS45

1. Jawatan : PROFESOR

GRED : Khas C (VK7)

1

2

3

4

5

RM 6,595.99

RM 7,233.36

RM 7,649.60

RM 7,948.77

RM 8,247.94

Bidang :

Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi, Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Mekanikal, Kewangan, Perakaunan, Undang-undang (Perniagaan), TESL (Teaching English as a Second Language), Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Bangunan, Kejuruteraan Biosistem (Pertanian, Kejuruteraan Elektronik Industri, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik, Kejuruteraan Nano Biochip dan Kejuruteraan Kimia.

Syarat Lantikan :

  1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
  2. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
  3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; DAN
  5. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
  6. Kelayakan dan pengalaman dalam jawatan Profesor Madya, sekurang-kurangnya 5 tahun.

2. Jawatan : PROFESOR MADYA


GRED : DS53

P1T1 RM 4,842.03 - P1T10 RM 6,797.08

P2T1 RM 5,057.71 - P2T10 RM 7,117.13

P3T1 RM 5,281.74 - P3T10 RM 7,448.31

Bidang :

Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi, Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Mekanikal, Kewangan, Perakaunan, Undang-undang Perniagaan), TESL (Teaching English as a Second Language), Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Bangunan, Kejuruteraan Biosistem (Pertanian, Kejuruteraan Elektronik Industri, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik, Kejuruteraan Nano Biochip dan Kejuruteraan Kimia.

Syarat Lantikan :

  1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); ATAU
  2. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); DAN
  3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; DAN
  5. Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
  6. Kelayakan dan pengalaman dalam jawatan Pensyarah Universiti (DS45) serta telah disahkan dalam perkhidmatan.

3. PENSYARAH

GRED : DS45

P1T1 RM 2,546.05 - P1T21 RM 5,484.96

P2T1 RM 2,642.06 - P2T21 RM 5,788.25

P3T1 RM 2,742.25 - P3T21 RM 6,113.85

Bidang :

Fabrikasi Mikroelektronik, Rekabentuk IC & MEMs, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Perhubungan, Rangkaian Komputer, Mekatronik, Sistem Pembuatan, Sistem Elektrik, Kejuruteraan Bahan & Metalurgi, Elektronik Kuasa, Matematik Kejuruteraan, Kejuruteraan Bioproses, Kejuruteraan Alam Sekitar, Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Rekabentuk Produk, Kejuruteraan Mekanikal, Kewangan, Perakaunan, Undang-undang Perniagaan), TESL (Teaching English as a Second Language), Kejuruteraan Perisian, Kejuruteraan Polimer, Kejuruteraan Bangunan, Kejuruteraan Biosistem (Pertanian, Kejuruteraan Elektronik Industri, Kejuruteraan Fotonik, Kejuruteraan Nanoelektronik, Kejuruteraan Nano Biochip dan Kejuruteraan Kimia.

Syarat Lantikan :

  1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 : P1T1); ATAU
  2. Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 : P1T4); DAN
  3. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  4. Calon-calon yang mempunyai pengalaman dengan sektor industri, adalah digalakkan memohon.

KEMUDAHAN GAJI DAN ELAUN-ELAUN LAIN

GRED JAWATAN

IMBUHAN TETAP

PERUMAHAN (RM)

IMBUHAN TETAP

KERAIAN (RM)

IMBUHAN TETAP

KHIDMAT AWAM (RM)

Khas C (VK7)

1300.00

2150.00

-

DS53

900.00

800.00

-

DS45

700.00

-

300.00


SYARAT-SYARAT UMUM

A. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN :

Calon-calon yang menduduki dan memiliki sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi :

  1. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; ATAU

  2. lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; DAN

  3. memenuhi syarat Bahasa Melayu sama ada Kepujian atau Lulus (termasuk Ujian Lisan) dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

B. TARAF JAWATAN

  1. Semua jawatan akan dilantik secara TETAP.

  2. UniMAP berhak melantik warganegara Malaysia secara KONTRAK bagi mana-mana jawatan di atas berdasarkan peraturan dalam pekeliling berkaitan.

C. KEWARGANEGARAAN DAN UMUR

Calon-calon lantikan terus hendaklah warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan, manakala bagi bekas tentera/polis hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

D. TEMPOH PERCUBAAN

Calon-calon lantikan terus adalah dikehendaki melalui tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

E. PEPERIKSAAN/KURSUS INDUKSI

Peperiksaan/Kursus Induksi adalah mengikut skim perkhidmatan.

F. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT

Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Pihak Berkuasa Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Majikan dengan melampirkan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan lengkap.

G. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


BORANG PERMOHONAN :

Klik untuk Borang Permohonan >> Borang.pdf Borang.doc

CARA-CARA MEMOHON:

Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dialamatkan kepada:-

PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)
TINGKAT 1, BANGUNAN KWSP
JALAN BUKIT LAGI
01000 KANGAR
PERLIS

(Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sudut kiri sampul surat)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Jawatan Akademik : TERBUKA


KEPUTUSAN :

Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Jawatan Kosong Universiti Malaysia Sabah

IKLAN JAWATAN/ POST ADVERTISEMENT
Jawatan Akademik /Academic Post
Arahan:
1. Sila Klik pada jawatan untuk melihat keperluan program, Sekolah/Institut/Pusat/Unit, syarat-syarat kelayakan serta jadual gaji.
2. Sila daftar dahulu sebelum memohon.
Instruction:
1. Please click on position to view programmes required, School/Institute/Center/Unit, qualifications and salary schedule.
2. Please register before submit your application.
Diklankan pada/ Posted On Jawatan/ Position Mohon /Apply
2009-08-31 Professor VK7 Mohon/ Apply
2009-08-31 Pensyarah DS45 Mohon/ Apply
2009-08-31 Pensyarah Perubatan DU45 Mohon/ Apply
2009-08-31 Pensyarah Kanan DS51<>> Mohon/ Apply
2009-08-31 Pensyarah Perubatan Kanan DU51 Mohon/ Apply
2009-08-31 Profesor Madya DS53 Mohon/ Apply
2009-08-31 Profesor Madya (Perubatan) DU53 Mohon/ Apply
Jawatan Bukan Akademik
Arahan:
1. Sila Klik pada jawatan untuk melihat syarat-syarat kelayakan serta jadual gaji.
2. Sila daftar dahulu sebelum memohon.
Diklankan pada Jawatan Gred Pengkhususan Kekosongan Tarikh Tutup Mohon
2010-07-16 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 Sains Komputer 4 2010-08-13 Mohon/ Apply

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy