JAWATAN KOSONG MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah :-
1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN
GRED JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN
PERUBATAN
DAN KESIHATAN
SOKONGANU 29
P1 T1 RM 1,160.69 - P1 T27 RM3,057.39
P2 T1 RM 1,231.78 - P2 T27 RM3,279.74
P3 T1 RM 1,305.89 - P3 T27 RM3,476.28


SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
( Gaji permulaan ialah pada Gred U29 : P1 T6 – RM 1,493.44 )
(d) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik Berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;

(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas ; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred U 29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

2.PEMBANTU TEKNIK
KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN
GRED JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN
KEJURUTERAAN
SOKONGANJ 29
P1 T1 RM 1,549.40 - P1 T21 RM 3,046.80
P2 T1 RM 1,620.49 - P2 T21 RM 3,241.91
P3 T1 RM 1,694.60 - P3 T21 RM 3,430.90

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a)warganegara Malaysia;
(b)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)Diploma dalam Bidang Kejuruteraan, Seni Bina atau Ukur Bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29 : P1T2–RM1,615.95);
(d)lulus Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik dan Pelukis Pelan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Teknik Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a)(i) mempunyai kelayakan diperenggan 1(c) di atas : atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3.Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred J29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan.


3.PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP
KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN
GRED JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN
KEJURUTERAAN
SOKONGANJ 29
P1 T1 RM 1,549.40 - P1 T21 RM 3,046.80
P2 T1 RM 1,620.49 - P2 T21 RM 3,241.91
P3 T1 RM 1,694.60 - P3 T21 RM 3,430.90

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma dalam Bidang Senibina Landskap yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29 : P1T2 – 1,615.95) ;
(d) lulus Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Landskap adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Teknik Landskap Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a)(i) mempunyai kelayakan diperenggan 1(c) di atas : atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred J29 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.



4. PEMBANTU PENGUATKUASA
KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN
GRED JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN
PENTADBIRAN
DAN SOKONGAN
SOKONGANN 17
P1 T1 RM 820.38 - P1 T24 RM 2,151.35
P2 T1 RM 871.81 - P2 T24 RM 2,272.50
P3 T1 RM 924.75 - P3 T24 RM 2,397.95

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan ;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu ;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita ;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja) ;
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata ;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan.
(e) calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1 (c) (i) atau (ii) di atas hendaklah lulus Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN

2. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


5. JURUAUDIO VISUAL
KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN
GRED JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN
PENTADBIRAN
DAN SOKONGAN
SOKONGANN 17
P1 T1 RM 820.38 - P1 T24 RM 2,151.35
P2 T1 RM 871.81 - P2 T24 RM 2,272.50
P3 T1 RM 924.75 - P3 T24 RM 2,397.95

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia ;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(ii) memiliki lesen memandu kelas D.
(iii) berpengalaman mengendalikan peralatan yang berkait rapat dengan alat-alat elektronik siaran serta berkebolehan memasang, menyelenggara, dan membaiki kerosakan kecil.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N17 : P1 T2–RM 870.29)
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN

2. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


6.JURUTEKNIK
KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN
GRED JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN
KEJURUTERAAN
SOKONGANJ 17P1 T1 RM 843.06 - P1 T26 RM 2,325.37
P2 T1 RM 896.00 - P2 T26 RM 2,452.46
P3 T1 RM 950.45 - P3 T26 RM 2,583.95

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1 T9 – RM 1,254.50) ;
(d)Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN

2. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred J17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berasaskan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.


7. JURUTEKNIK KOMPUTER

KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN
GRED JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN
SISTEM
MAKLUMAT
SOKONGAN
FT 17
P1 T1 RM 843.06 - P1 T26 RM 2,325.37
P2 T1 RM 896.00 - P2 T26 RM 2,452.46
P3 T1 RM 950.45 - P3 T26 RM 2,583.95

SYARAT LANTIKAN


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek elektrik atau elektronik atau teknologi maklumat pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T1–RM 843.06)
(ii) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T6 – RM 1,100.21)
(iii) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya .
(Gaji permulaan ialah pada Gred FT17 : P1T9 – RM 1,254.50) ;
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Operator Mesin Prosesan Data adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Juruteknik Komputer Gred FT17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a)(i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas ; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas atau hadir dengan jayanya kursus peralihan Juruteknik Komputer yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan ; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred FT17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan atau kemahiran berkaitan.


8. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA
KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN
GRED JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN
KEJURUTERAAN
SOKONGANJ 17
P1 T1 RM 843.06 - P1 T26 RM 2,325.37
P2 T1 RM 896.00 - P2 T26 RM 2,452.46
P3 T1 RM 950.45 - P3 T26 RM 2,583.95

SYARAT LANTIKAN

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) sijil dalam bidang perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi atau politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17 : P1 T9 – RM 1,254.50);
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN

2. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred J17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.


9. PEMBANTU PENILAIAN
KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN
GRED JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN
KEWANGAN
SOKONGANW 17
P1 T1 RM 821.89 - P1 T24 RM 2,152.86
P2 T1 RM 873.32 - P2 T24 RM 2,274.01
P3 T1 RM 926.26 - P3 T24 RM 2,399.46

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut ;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17 : P1T1 – RM 821.89) ; atau
(ii) Sijil Penilaian Harta Tanah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi Penilaian Negara (INSPEN) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulan ialah pada Gred W17 : P1T9 – RM 1,221.17)
(d) kepujian Bahasa Malaysia /Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

2. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred W17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.



10. PEMANDU KENDERAAN
KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN
GRED JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN MAHIR
/SEPARUH MAHIR
/TIDAK MAHIR
SOKONGANR3P1 T1 RM 701.42 - P1 T17 RM 1,354.86
P2 TI RM 743.89 - P2 T17 RM 1,423.41
P3 T1 RM 787.99 - P3 T17 RM 1,493.59

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
(ii) memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)] ;
(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
Gaji permulaan ialah pada Gred R3:
Lesen D P1 T3 - RM 783.10
Lesen E/E1/E2 P1 T4 - RM 823.94
Lesen F/H P1 T5 - RM 864.78
Lesen G/I P1 T6 - RM 905.62

(d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Awam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan ;
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) (ii) dan (iii) di atas ; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh latikan.
PENETAPAN GAJI PERMULAAN

3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred R3 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berasaskan kepada pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.



11.PEMBANTU PENGUATKUASA (TEMPAT LETAK KERETA)
KLASIFIKASI KUMPULAN PERKHIDMATAN
GRED JADUAL GAJI MATRIKS
PERKHIDMATAN
PENTADBIRAN
DAN SOKONGAN
SOKONGAN
N 17
P1 T1 RM 820.38 - P1 T24 RM 2,151.35

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia (lelaki sahaja);
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)(i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat Koperal ke atas dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan ;
(d)mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m ;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg ;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm ;
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata ;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diakui sihat dan sesuai oleh Pegawai Perubatan kerajaan.
(vii) memiliki lesen Motorsikal

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

2. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred N17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

TARAF JAWATAN

3. Taraf jawatan dibilangan 1 hingga 10 adalah TETAP dan jawatan dibilangan 11 adalah KONTRAK.



CARA MEMOHON


i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen atau mengambilnya sendiri di Jabatan Khidmat Pengurusan (Bahagian Sumber Manusia), MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH, 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU. Borang permohonan juga boleh didapati dengan mencetaknya dari laman web Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah iaitu www.mpjbt.gov.my.

ii) Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dengan menyertai salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH,
81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU.


Sebelum atau pada 11 Mac 2009


Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tertanggung atas calon-calon sendiri. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 2 minggu dari tarikh temuduga dianggap tidak berjaya.

HAJI MD. FUZI BIN HAJI AHMAD SHAHIMI
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.

Muat turun tawaran jawatan (pdf)

Muat turun borang permohonan

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy