Jawatan Kosong Universiti Malaysia Trengganu

JAWATAN KOSONG

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan-jawatan kosong seperti berikut :-

Jawatan

Gred

Jumlah Kekosongan

Pegawai Laut

A41

1

Pegawai Penyelidik

Q48/Q51/Q53

2

Pegawai Pergigian

U41

2

Pegawai Sains

C41

1

Pegawai Keselamatan

KP41

1

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

S27

1

Penolong Pegawai Sains

C27

1

Pembantu Akauntan

W17

1

Pembantu Pergigian

U17

3

Pengawal Keselamatan

KP11

2

1.

Taraf Jawatan

Semua jawatan akan dilantik secara TETAP. Walau bagaimanapun, UMT berhak melantik mana-mana jawatan secara Kontrak/Sementara/ Sambilan.

2.

Umur

Pemohon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh lantikan. Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh lantikan.

3.

Cara Memohon

i) Pemohon yang pernah membuat permohonan melalui iklan-iklan yang lalu dinasihatkan untuk mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

ii) Borang permohonan boleh didapati dan dimuat turun dari laman web rasmi UMT iaitu http://www.umt.edu.my.

iii) Setiap pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan benar:-

(a) Kad Pengenalan/Pasport;

(b) Sijil-sijil Akademik (UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D) termasuk transkrip penuh peperiksaan;

(c) Surat pengiktirafan JPA (sekiranya memiliki ijazah dari luar negara atau institusi pengajian swasta);

(d) Sijil-sijil Ko-Kurikulum;

(e) Salinan Rekod Perkhidmatan yang telah dikemaskini (Bagi Penjawat Awam);

(f) Salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini (Bagi Penjawat Awam);

(g) Testimonial/Pengesahan Kerja daripada Majikan (Bagi Pekerja Swasta); dan

(h) Salinan slip gaji terakhir.

iv) Hanya pemohon yang di senarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga akhir. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

v) Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat dan kemukakan semua dokumen tersebut kepada:-

PEJABAT PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU
ARAS 1, BANGUNAN CANSELERI DAN PENTADBIRAN
21030 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
(u.p. SEKSYEN PERJAWATAN)

vi) Sila hubungi kami menerusi email perjawatan@umt.edu.my atau talian 09-668 4470/4183/4554 untuk sebarang pertanyaan.

vii) Pihak kami berhak untuk menolak sebarang permohonan yang tidak lengkap tanpa perlu memberikan makluman kepada pemohon.

viii) Tarikh tutup permohonan adalah 25 Julai 2010 (Ahad).

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy