IKLAN JAWATAN KOSONG LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia sahaja yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-

1. Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred R3

2. Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

3. Jadual Gaji :
Gred Jadual Gaji
Gred R3 : P1T1 RM701.42 - P1T17 RM1354.86
P2T1 RM743.89 - P2T17 RM1423.41
P3T1 RM787.99 - P3T17 RM1493.59

4. Imbuhan Tetap / Bantuan :
(a) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 95.00
(b) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 180.00
(c) Bantuan Sara Hidup : RM 200.00

5. Syarat-Syarat Lantikan Terus :
Calon bagi lantikan terus hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(b) Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh Kerajaan
(c) Memiliki lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I berkenaan
yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
(d) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan
yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini, dan
(e) Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia
dengan baik

6. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan :
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pekerja Rendah Awam adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan kejawatan berkenaan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan, dan :-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 5 (c) dan (d) diatas, dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

7. Tarikh Tutup Permohonan : 5 Ogos 2010 (Khamis)


8. Peraturan Memohon :
(a) Borang permohonan jawatan boleh didapati di Pejabat Lembaga Pelabuhan Kuantan pada waktu pejabat atau melalui laman web : http://www.lpktn.gov.my Permohonan melalui pos hendaklah menyertakan sampul surat berukuran 23sm x 10sm beralamat sendiri dengan bersetem 50 sen.

(b) Borang yang telah siap diisi hendaklah dihantar kepada :

PENGURUS BESAR
LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN
TANJUNG GELANG
PETI SURAT 161 25720 KUANTAN ( Permohonan jawatan)

9. Peraturan-Peraturan Lain :
(a) Permohonan dianggap tidak berjaya jika tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan
(b) Permohonan hendaklah dimajukan melalui Ketua Jabatan masing-masing jika permohon sedang berkhidmat dengan Kerajaan,Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan.
(c) Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan akan ditolak.

Bahagian Kewangan dan Pentadbiran, Lembaga Pelabuhan Kuantan

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy