IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM(IMAM) GRED S41, PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG IMAM) GRED S27 DAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLA

Ruj. Kami : JAI.Sel.BKP/04/016/02/5 Jld.2 ( )
Tarikh : 13 Julai 2010

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Senarai Edaran:

Y. Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM(IMAM) GRED S41, PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG IMAM) GRED S27 DAN PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 (BILAL/SIAK) KONTRAK DI JABATAN AGAMA
ISLAM SELANGOR

Adalah dengan segala hormat merujuk kepada perkara di atas.

2. Bersama- sama ini dikemukakan iklan jawatan kosong (kontrak) di Jabatan Agama Islam Selangor untuk edaran dan dipamerkan di papan kenyataan organisasi Y. Bhg Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan.

3. Kerjasama dan perhatian Y. Bgh Dato’ / Datin / Tuan / Puan, di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(DATO’ HAJI MUHAMMAD KHUSRIN BIN HAJI MUNAWI)

Pengarah, Jabatan Agama Islam Selangor

-----------------------------------------------------------------------

JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

IKLAN JAWATAN KOSONG

1. JAWATAN GRED
A. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM) S 41
B. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S 27
(PENOLONG IMAM)
C. PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (BILAL/SIAK) S 17

2. KLASIFIKASI PERKHIDMATAN

Jawatan A, B, C : Perkhidmatan Sosial

3. JADUAL GAJI
1. Jawatan A Gred S41 : P1T1: RM1688.89 - P1T27:RM4638.89 P2T1: RM1783.51 - P2T27:RM4917.16 P3T1: RM1882.31 - P3T27:RM5219.23

2. Jawatan B Gred S27 : P1T1: RM1204.55 - P1T26:RM3027.10 P2T1: RM1274.13 - P2T27:RM3213.25 P3T1: RM1346.73 - P3T27:RM3405.26

3. Jawatan C Gred S17 : P1T1: RM820.38 - P1T24:RM2151.35 P2T1: RM871.81 - P2T24:RM2272.50 P3T1: RM924.75 - P3T24:RM2397.95

4. TARAF JAWATAN : KONTRAK

5. UMUR (Pada tarikh iklan ditutup)
(a) Calon- calon lantikan terus mesti tidak kurang dari 18 tahun.
(b) Bekas Anggota Tentera atau Polis yang telah menamatkan perkhidmatan dengan baik hendaklah tidak melebihi 45 tahun.

6. WARGA NEGARA MALAYSIA

7. SYARAT LANTIKAN JAWATAN A :

PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (IMAM) GRED S41
Syarat Lantikan:
(a)
(i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang pengajian Islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3);
dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN B : PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM (PENOLONG IMAM) GRED S27

Syarat Lantikan:


(a) (i) Sijil tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab; atau (ii) Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5);atau

(iii) diploma dalam bidang pengajian islam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred S27: P1T5) dan (b) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JAWATAN C : PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM GRED S17 (BILAL/SIAK)
Syarat Lantikan:
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian dalam subjek Agama Islam dan lulus Bahasa Arab; atau
(ii) Sijil IV Thanawi atau Sijil Tinggi Agama daripada sekolah agama bantuan penuh kerajaan. dan
(b) lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

9. CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Untuk Jawatan Kontrak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS-BPN.1) yang boleh diperolehi di alamat

Bahagian Khidmat Pengurusan/Unit Sumber Manusia JAIS
Tingkat 1, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah,
No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5,
40676 Shah Alam Selangor.

(b) Semua Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa dan salinan Sijil Kelahiran serta Sijil- Sijil Persekolahan yang berkaitan.

(c) Permohonan hanya dibuka untuk anak Selangor atau bermastautin melebihi 15 tahun disertakan surat pemastautin. (d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah. (e) Permohonan yang berikut akan ditolak :-
(i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan
(ii) Tidak lengkap atau tidak terang.
(iii) Tidak memenuhi syarat- syarat kelayakan.
(iv) Tidak besertakan gambar.
(v) Tidak ditandatangani.

10. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

(a) Permohonan hendaklah sampai kepada:
PENGARAH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR,
TINGKAT 1, MENARA SELATAN, BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK,
SEKSYEN 5,40676 SHAH ALAM.

Sebelum atau pada 6 OGOS 2010

(b) Hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat permohonan serta disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi untuk sesi temuduga. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan ini ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy