Pusat Latihan Khidmat Negara PLKN

TAWARAN UNTUK MENGISI LANTIKAN SECARA KONTRAK DAN SAMBILAN DI JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA, KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi lantikan secara kontrak dan sambilan di Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Kementerian Pertahanan Malaysia.

1. JAWATAN PEMBANTU TADBIR N17 (SAMBILAN)

Kod Jawatan :N17S
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Skim Perkhidmatan : Sambilan
Gaji : RM28.50 sehari beserta Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) RM5.00 sehari


Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:-

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(ii) Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UiTM yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(iv) sijil dalam bidang kejuruteraan ukur tanah atau perancang bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
dan
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setarafdengannya oleh kerajaan. (Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).



2. JAWATAN A : PENOLONG PEGAWAI KESATRIA (JURULATIH MODUL PEMBINAAN DIRI)

Kod Jawatan : S27
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Kontrak
Tempoh Kontrak : 2 Tahun
Gaji : P1 T1 RM 1204.55 - P1 T26 RM 3027.10
Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-(
a) warganegara Malaysia ;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf oleh kerajaan ; atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan adalah pada Gred S27 : P1 T5) ;
atau
(iii) bekas Inspektor Polis DiRaja Malaysia atau Leftenan Angkatan
Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan
dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang
baik ;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa sepatu ;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi
wanita ;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan
semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja) ;


3. JAWATAN B : PEMBANTU KESATRIA (JURULATIH MODUL FIZIKAL)

Kod Jawatan : S17
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Sosial
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Taraf Jawatan : Kontrak
Tempoh Kontrak : 2 Tahun
Gaji : P1 T1 RM 820.38 - P1 T26 RM 2151.35
Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-(
a) warganegara Malaysia ;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan ;
(ii) bekas anggota Polis DiRaja Malaysia atau Angkatan Tentera
Malaysia yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan
dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang
baik ;
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut :
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu ;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi
wanita ;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan
semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja) ;
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan v/6/9 tanpa menggunakan cermin
mata; dan
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
(e) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang telah menghadiri TOT anjuran JLKN
serta diiktiraf oleh JLKN sebagai Jurulatih Modul Fizikal dan Pesara Tentera)


CARA MEMOHON

Calon-calon yang berminat boleh memohon dan mengisi borang JLKN/PSM 01 yang boleh didapati di pejabat JLKN seperti alamat di bawah:

Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Aras 9, Menara TH Selborn
153 Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR

Tel:03-2687 3444/418/452/450
Faks:03-2685 2022

Maklumat lanjut dan Borang permohonan JLKN/PSM 01 juga boleh di muat turun melalui laman web JLKN iaitu www.khidmatnegara.gov.my

Dokumen yang perlu disertakan sekali semasa menghantar borang permohonan:
Sekeping gambar berukuran pasport;
Salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil Persekolahan/Diploma/Ijazah serta lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan benar dari salinan asal; dan
Maklumat peribadi (Resume).



TEMUDUGA
Hanya calon yang terpilih akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan: Terbuka sepanjang masa.


Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy