IKLAN JAWATAN KOSONG DI PERBENDAHARAAN MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Perbendaharaan Malaysia

1. a) Jawatan : Pembantu Tadbir Rendah (Jurutaip)

Gred N11 (Kod Skim NA11000)

b) Kementerian/Jabatan : Perbendaharaan Malaysia

c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

d) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan

2. Jadual Gaji : Gred N11

P1T1 RM709.59 – P1T22 RM1750.21

P2T1 RM752.06 – P2T22 RM1839.98

P3T1 RM796.16 – P3T22 RM1931.38

3. Syarat Lantikan



3.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun

pada tarikh tutup iklan; DAN

c) (i) Berpelajaran di peringkat sekolah menengah rendah bantuan kerajaan dan lulus ujian menaip seperti yang dinyatakan di perenggan 3.2 di bawah; ATAU

(ii) Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan kepujian Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus ujian menaip seperti yang dinyatakan di perenggan 3.2 di bawah (Gaji permulaan ialah pada Gred N11:P1T2)

3.2 UJIAN MASUK

a) Calon dikehendaki mengambil satu ujian menaip dan lulus dengan mencapai kederasan paling rendah 25 p.s.m. daripada naskah bertulis yang jelas dan 30 p.s.m. daripada naskah bercetak atau bertaip. Kesilapan mestilah tidak melebihi 4%.

b) Calon yang memiliki Sijil Perdagangan Malaysia dengan mendapat kelulusan taip menaip dalam kedua-dua fasa:-

i) Sijil Kecekapan; dan

ii) Sijil Ujian Laju pada Peringkat Pertengahan atau Peringkat Tinggi boleh DIKECUALIKAN daripada ujian yang disyaratkan di para 3.2(a).

c) Calon yang memiliki Sijil Perdagangan Malaysia dengan kelulusan Peringkat Pertengahan adalah layak dilantik atas Gred N11:P1T4 dan Peringkat Tinggi atas Gred N11:P1T6.

3.3 KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Rendah, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan, Bentara Parlimen, Pengawas Pemulihan, Penghantar Notis, Penyelamat dan Penyelia Jeti adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir Rendah Gred N11, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam jawatan dan:-

(a) Mempunyai kelayakan di para 3(c) di atas ATAU

(b) Lulus Peperiksaaan Khas dan lulus Ujian Menaip seperti yang dinyatakan di para 3.2 di atas; dan

(c) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

4. Taraf Jawatan : Tetap

5. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan:

Calon yang berjaya memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

6. Fungsi Bidang Tugas : Menaip surat, memo, laporan, kertas kerja, minit mesyuarat, format, kenyataan perkhidmatan dan lain-lain.



Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy