PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI

Individu yang memiliki kelayakan minimum ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Fesyen, ‘Chef Training/Culinary Art’, Penyamanan Udara dan Bahasa Isyarat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41.

Individu yang memiliki diploma dalam bidang Sains Kesetiausahaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripadu institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29.

Pemohon bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 dan DH29 perlu mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Permohonan boleh dikemukakan di www.jobsmalaysia.gov.my atau melalui Portal SPP.

Setiap permohonan adalah sah untuk tempoh satu tahun dari tarikh permohonan. Pemohon yang melepasi asas tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya akan menerima panggilan temu duga.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8871 7477 atau melalui iForum.

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy