Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
Gred Jawatan : W - 17

CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT :
1. Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang MPK.Ps 6 Pin. 1/2006’
yang boleh didapati di Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia,
Majlis Perbandaran Kangar, Perlis atau di Kaunter Kewangan,
Jabatan Kewangan, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dengan harga
RM1.00.

Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan disertakan
bersama salinan Sijil / dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
(i). Kad Pengenalan ( depan & belakang - dalam kertas A4),
(ii). Sijil Kelahiran,
(iii). Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Sijil Perdagangan Malaysia/
Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan
kira-kira dari Politeknik Tempatan),
(iv). Sijil Berhenti Persekolahan ( Sekolah Rendah dan Menengah),
(v). Salinan Lesen Memandu Yang Sah (jika ada),
(vi). Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-
tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

TARIKH TUTUP IKLAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 06 APRIL 2010 ( Selasa ).

ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:
Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
No. 192, Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar,
Perlis.

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy