Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam



Permohonan adalah diperlawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan bagi mengisi kekosongan jawatan tetap/kontrak di Majlis Bandaraya Shah Alam. Keutamaan akan diberikan kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

1. PENGAWAI PERANCANGAN BANDAR – GRED J41

SYARAT LANTIKAN:
- Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma lepasan Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41:P1T5); dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (tetap) adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; dan
ii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

2. PENGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41
SYARAT LANTIKAN:
- ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Analisa Sistem (INTAN) atau Diploma Sains Maklumat daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T3); atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T6) dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (tetap) adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; atau
ii)lulus peperiksaan khas;dan
iii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27

SYARAT LANTIKAN:
- STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T1); atau
- Diloma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T5); atau
- Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T6)dan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N26

(Jawatan Kenaikan Pangkat)

SYARAT LANTIKAN:
Syarat Kenaikan Pangkat
- Pembantu Tadbir (Penkeranian/Operasi) Gred N22 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Penkeranian/Operasi) Gred N26 yang kosong apabila telah:-
i) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
ii)melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
iii)diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

5. PEMBANTU TADBIR (PENKERANIAN/OPERASI) – GRED N17

SYARAT LANTIKAN:
- warganegara Malaysia
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang berkebolehan/mahir mengendalikan komputer)

6. JURUTEKNIK (SENIBINA/ELEKTRIKAL) – GRED J17
SYARAT LANTIKAN:
- Sijil dalam bidang Senibina/Elektrikal/Awam daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan:
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

7. PEMBANTU KESIHATAN AWAM – GRED U17

SYARAT LANTIKAN:
- PMR/SRP atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; atau
ii)lulus peperiksaan khas;dan
iii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang (MBSA 1) yang boleh dibeli di Kaunter Bayaran Tingkat G dengan harga RM3.00 tunai/naskah. Permohonan hendakalah dihantar kepada:-

Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
TIngkat 1, Wisma MBSA
Peti Surat 7200
40706 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tarikh Tutup Permohonan : 5 April 2010

PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
i) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;
ii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
iii) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
iv) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
v) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy