|
The 55 Latest Job Listings
Jawatan Kosong Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JAWATAN AKADEMIK | ||
BIL | NAMA JAWATAN | GRED |
1 | PROFESOR | KHAS C/ VK7 |
2 | PROFESOR MADYA | DS53 |
3 | PENSYARAH UNIVERSITI | DS45/ DS51 |
4 | GURU BAHASA | DG 41 |
5 | TUTOR | DA41 |
6 | PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (PENGAJAR) | J41, J43, J47, J51 |
BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN BAGI JAWATAN AKADEMIK
[a]. FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM DAN ALAM SEKITAR
Teknologi Pembinaan * Pembinaan Lestari * Rekabentuk Bangunan Hijau * Kecekapan Tenaga Bangunan * Kualiti Persekitaran Bangunan * Akustik Bangunan * Kejuruteraan Bangunan * Kejuruteraan Teknologi * Sains Bangunan * Alam Bina * Perkhidmatan Bangunan * Kejuruteraan Geoteknik * Kejuruteraan Asas * Geologi * Kejuruteraan Jalan Raya * Kejuruteraan Trafik * Kejuruteraan Struktur * Bahan Kejuruteraan Awam * Teknologi Konkrit * Kejuruteraan Pantai * Kejuruteraan Air Ribut Bandar * Kejuruteraan Air Bumi
[b]. FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN
Metallurgi * Seramik * Bahan Nano * Polimer * Teknologi Komposit * Membran * Reka bentuk Produk * Ergonomik Dan Optimumsasi * Analisa Kegagalan * Reka bentuk Berbantu Komputer * Kejuruteraan Industri * Alatan Dan Die * Mesin Lanjutan (Mesin Deras dan Mesin Laser) * Automasi * Sistem Pembuatan Lanjutan * Penyelidikan Operasi * Akustik * Keselamatan Dan Dinamik Kenderaan * Getaran * Kejuruteraan Kawalan * Kekuatan Bahan * CFD dan Tribologi * Proses Loji, Pengawalan dan Instrumentasi * Loji Kuasa dan Teknologi Bahan Api * Aerodinamik dan Dinamik Bendalir * Dorongan Pesawat dan Sistem * Undang-undang dan Pengurusan Udara * Kawalan, Struktur dan Reka bentuk Pesawat * Avionik
[c]. FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
Satellite Communication * Optical Communication * Wireless Communication * Wireless Sensor Network * Digital/ Data Communication * Digital Signal Processing * Industrial Robotics & Mobile Robot * Neural Network & Fuzzy Logic * Mechatronic System * Industrial Automation * Computer Architecture * Computer Aided Design * Embedded Systems * Computer Security * Computer Networking * Medical Electronics Engineering (Biosensors and Bioelectronics, Medical Physiology and Instrumentation) * Electronics and Microelectronics (Audio Video System, IC Analysis) * Communication * Computer (Hardware and Software) * Automation * Control
[d]. FAKULTI PENGURUSAN TEKNOLOGI
Mekanik Tanah * Rekabentuk Struktur * Analisis Struktur * Mekanik Bahan * Undang-undang Harta Tanah * Ekonomi Tanah * Sistem Maklumat Harta Tanah * Kaedah Kuantatif Untuk Harta Tanah * Pengurusan Teknologi/ Kewangan/ Perakaunan/ Pengeluaran/ / Operasi/ Pembuatan
[e]. FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL
Sains Sukan * Sosiologi Pendidikan * Kurikulum * Falsafah Pendidikan * Mekatronik * Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara * Automotif * Kimpalan Dan Fabrikasi Logam * Binaan Bangaunan * Kerja Kayu * Jalanraya * Kejuruteraan Reka bentuk Industri * Reka bentuk Grafik
[f]. FAKULTI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN MULTIMEDIA
Teknologi Web * Keselamatan (Data, Maklumat, Komputer, Rangkaian)
[g]. PUSAT PENGAJIAN SAINS
Matematik Gunaan * Matematik Industri * Pengoptimunan * Komputasi Saintifik * Matematik Komputasi * Statistik Gunaan * Statistik Industri * Forecasting * Matematik Fuzzy * Fizik Bahan * Fizik Pengkomputeran * Fizik Optik * Fizik Kesihatan * Fizik Instrumentasi * Fizik Fotonik * Fizik Teori * Fizik Kuantum * Kimia Analisis * Kimia Katalis * Kimia Persekitaran * Kimia Bahan * Kimia Sumber Asli * Kimia Oleo * Kimia Sintesis * Kimia Sains Makanan
[h]. PUSAT PENGAJIAN KEMANUSIAAN DAN KOMUNIKASI
Sosiologi dan Antropologi * Sains Pembangunan * Pentadbiran Awam * Pengajian Islam (Syariah/ Usuluddin/ Sejarah Islam) * Pengurusan Islam * Pentadbiran Islam * Ekonomi Islam (Ekonomi Perbandingan) * TESL * TESOL * Applied Linguistics (English) * English for Specific Purposes (ESP) * Business Communication * Organizational Communication * Journalism * Mass Communication * Developmental Communication * Public Relations * Human Communication * Computer Mediated Communication * Communication Technology * Broadcasting * Media Studies * Technical Communication * Critical Thinking * Creative Thinking * Corporate Communication * Profesional Communication * Persuasive Communication * Inter-Cultural Communication
1. SYARAT LANTIKAN
2. PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1T1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UTHM berasaskan kepada kelayakan, pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.
3. IMBUHAN DAN ELAUN BERKAITAN (BERDASARKAN GRED GAJI)
Antara Imbuhan yang diberikan adalah termasuk Imbuhan Tetap Perumahan/Imbuhan Tetap Keraian/Imbuhan Tetap Khidmat Awam/Imbuhan Tetap Gred Khas dan lain-lain elaun yang berkuatkuasa.
4. KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN (TERTAKLUK KEPADA KELAYAKAN)
(a) Pinjaman Kenderaan
(b) Pinjaman Komputer
(c) Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan Persekutuan
5. SYARAT KEWARGENEGARAAN DAN UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN)
Pemohon hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia dan calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan bagi lantikan tetap/sementara.
6. TEMPOH PERCUBAAN
Calon-calon lantikan terus dikehendaki menjalani tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
7. SYARAT-SYARAT UMUM
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari Unit Dasar dan Pengiktirafan, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).
8. PERMOHONAN OLEH PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT
Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini dan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak termasuk tidak menyertakan salinan dokumen yang dikehendaki dan permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
9. CARA MEMOHON
(a) Permohonan secara ‘online’ melalui laman web http://www.uthm.edu.my kecuali bagi jawatan Profesor dan Profesor Madya. Sila patuhi arahan-arahan berkaitan.
(b) Bagi jawatan Profesor dan Profesor Madya, borang permohonan boleh didapati dengan hadir sendiri di Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang beralamat seperti di bawah atau di muat turun dari laman web Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di http://www.uthm.edu.my
(c) Borang yang lengkap diisi berserta sijil dan dokumen yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dicatatkan nama jawatan di penjuru sebelah kiri atas sampul surat dan dialamatkan ke Pejabat Pendaftar UTHM seperti alamat di bawah:-
Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja
Batu Pahat, Johor
No. Tel. : 07-4537000 / 07-4537108/ 07-4537112
(u.p : Unit Perjawatan & Perkhidmatan Akademik)
(d) Permohonan menggunakan borang permohonan seperti berikut AKAN DITOLAK:-
(i) tidak lengkap atau tidak terang;
(ii) tidak mengemukakan semua dokumen termasuk sijil-sijil kelayakan akademik;
(iii) tidak menulis nombor kad pengenalan;
(iii) tidak mengemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai sedang berkhidmat; dan
(iv) tiada pengesahan sijil-sijil berkaitan dan tidak ditandatangani.
10. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Jawatan Akademik - Terbuka
11. KETERANGAN AM
(a) Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UTHM selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.
(c) TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.
Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) MEMPELAWA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN DAN BERMINAT MEMOHON JAWATAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN YANG SEDANG DITAWARKAN. TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 11 APRIL 2010.
JAWATAN | FAKULTI | BIDANG | |
BAHASA MALAYSIA | BAHASA INGGERIS | ||
Pensyarah Gred DS45 | Fakulti Pengajian Bahasa Utama (Kampus Nilai) | · Bahasa Mandarin · Bahasa Jepun | · Mandarin Language · Japannese Language |
Guru Bahasa Gred DG41 | Pusat Pengajian Teras dan Antarabangsa (Kampus Nilai/ Pandan Indah) | · Bahasa Inggeris · Bahasa Arab · Pengajian Halaqah | · English Language · Arabic Language · Halaqah Studies |
JAWATAN | GRED | STATUS LANTIKAN | PENEMPATAN |
Pegawai Perubatan | UD 43 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
Pegawai Pergigian | U 41 | Tetap/Kontrak | Kampus Pandan Indah |
Jurutera (Mekanikal/ Awam/ Elektrik & Elektronik) | J41 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
JAWATAN | GRED | STATUS LANTIKAN | PENEMPATAN |
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat | F 29 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
Penolong Jurutera ((Mekanikal/ Awam/ Elektrik & Elektronik) | J 29 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
Penolong Arkitek Landskap | J 29 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
Jururawat Pergigian | U 29 | Tetap/Kontrak | Kampus Pandan Indah |
Juruteknologi Pergigian | U 29 | Tetap/Kontrak | Kampus Pandan Indah |
Penolong Akauntan | W 27 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
Penolong Pegawai Sains | C 27 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai/ Kampus Pandan Indah |
Pembantu Setiausaha Pejabat /Setiausaha Pejabat | N 17/ N 27 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
Juruteknik (Mekanikal/ Awam/ Elektrik & Elektronik/Senibina) | J 17 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
Juruteknik (Landskap) | J 17 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
Pembantu Keselamatan | KP 17 | Kontrak | Kampus Pandan Indah |
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) | N 17 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
Pembantu Akauntan | W 17 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
Tukang K3 (Elektrik/ Elektronik) | R 9 | Tetap/Kontrak | Kampus Nilai |
CARA MEMOHON:
i. Permohonan hendaklah dibuat menerusi e-IRIS USIM. Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai semua jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui pautan yang disediakan.
ii. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
iii. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988115/8114/6063.
TARIKH TUTUP IKLAN : 11 April 2010
Jawatan Kosong di Perbandanan Kemajuan Negeri Sembilan
PKNNS merupakan sebuah badan berkanun negeri bertanggungjawab sebagai Agensi Amanah yang prgresif,inovatif dan kompetitif dalam melaksanakan polisi polisi pembangunan kerajaan dan sebagai jentera penggerak pertumbuhan pembangunan ekonomi dan sosial negeri sembilan
PKNNS mempelawa Warganegara Malaysia yang dinamik,kreatif,inovatif dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:
Syarat lantikan
a)warganegara Malaysia
b)berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) i)Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atua kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T3) atau
ii)Ijazah Sarjana Muda perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atua kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8) atau
iii)Ahli penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8) atau
iv)Ijazah Sarjana Muda perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi ahli penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf kerajaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T9) atau
v)Ahli penuh Institut Akauntan Malaysia
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T10
Syarat lantikan
a)warganegara Malaysia
b)berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c)i)diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atua kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29:P1T2) dan
d)luus Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia SPM atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Cara Memohon :
Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan latar diri (resume) yg mengandungi perkara2 berikut:
i. Pendidikan
ii. Pengalaman Bekerja
iii. Kemahiran
iv. Penglibatan Luar
v. Rujukan
Setiap permohonan hendaklah disertakan salinan fotostat kad pengenalan, surat beranak, sisjil berhenti sekolah, sijil2 kelayakan akademik serta lain2 dokumen yg berkaitan yg telah disahkan benar.
Permohonan yg lengkap hendaklah dilampirkan Surat (cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kpd:
Ketua Eksekutif
Perbandanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan
peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,
70710 Seremban, Negeri Sembilan
Tarikh Tutup: 9 April 2010
Jawatan Kosong RISDA
1) EKSEKUTIF LADANG
Diploma Pertanian/Pengurusan Ladang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2) EKSEKUTIF NIAGATANI / AGRO-BUSINESS
Diploma Pertanian/Pengurusan Perniagaan / Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3) EKSEKUTIF PENGURUSAN PERUNDANGAN
Diploma Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4) EKSEKUTIF AKAUN & PENTADBIRAN (CAWANGAN)
Diploma Perakaunan/Pentadbiran Perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
5) KERANI
SPM atau kelulusan yang setaraf, keutamaan kepada yang memiliki Sijil Perakaunan
6) PENYELIA LADANG
SPM atau kelulusan yang setaraf, keutamaan kepada yang memiliki Sijil Institut Pertanian
7) PENYELIA NIAGATANI
SPM atau kelulusan yang setaraf, keutamaan kepada yang memiliki kemahiran Perakaunan.
8) PEMBANTU KHAS KEPADA PENGURUS BESAR
SPM atau kelulusan yang setaraf, keutamaan kepada yang memiliki Diploma Kesetiausahaan / Bidang Sains Kesetiausahaan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara bertulis dengan menyertakan maklumat peribadi beserta dengan gambar pasport, kelulusan dan pengalaman kerja serta sijil-sijil dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat berikut :
PENGURUS BESAR
RISDA PLANTATION SDN. BHD.
Unit J, Excella Business Park,
Jalan Ampang Putra, Ampang Hilir,
Peti Surat 13543, 50814 Kuala Lumpur
TEL : 03-42705104; Fak : 03-42705204
Sebelum : 9 April 2010
Sila layari laman web: www.risdaplantation.com.my
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga. Mereka yang tidak menerima sebarang panggilan setelah 2 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
Gred Jawatan : W - 17
CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT :
1. Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang MPK.Ps 6 Pin. 1/2006’
yang boleh didapati di Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia,
Majlis Perbandaran Kangar, Perlis atau di Kaunter Kewangan,
Jabatan Kewangan, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dengan harga
RM1.00.
Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan disertakan
bersama salinan Sijil / dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
(i). Kad Pengenalan ( depan & belakang - dalam kertas A4),
(ii). Sijil Kelahiran,
(iii). Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Sijil Perdagangan Malaysia/
Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan
kira-kira dari Politeknik Tempatan),
(iv). Sijil Berhenti Persekolahan ( Sekolah Rendah dan Menengah),
(v). Salinan Lesen Memandu Yang Sah (jika ada),
(vi). Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-
tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon.
TARIKH TUTUP IKLAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 06 APRIL 2010 ( Selasa ).
ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan yang lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:
Yang DiPertua,
Majlis Perbandaran Kangar, Perlis
No. 192, Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar,
Perlis.
Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Shah Alam
1. PENGAWAI PERANCANGAN BANDAR – GRED J41
SYARAT LANTIKAN:
- Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
i) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta Ijazah Sarjana atau Diploma lepasan Ijazah dalam bidang perancangan bandar atau bidang-bidang lain berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred J41:P1T5); dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa (tetap) adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Perancangan Bandar dan Desa Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; dan
ii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
2. PENGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41
SYARAT LANTIKAN:
- ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Analisa Sistem (INTAN) atau Diploma Sains Maklumat daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T3); atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-intitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan. Gaji permulaan ialah pada Gred F41:P1T6) dan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (tetap) adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; atau
ii)lulus peperiksaan khas;dan
iii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
3. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – GRED N27
SYARAT LANTIKAN:
- STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T1); atau
- Diloma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T5); atau
- Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27:P1T6)dan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N26
(Jawatan Kenaikan Pangkat)
SYARAT LANTIKAN:
Syarat Kenaikan Pangkat
- Pembantu Tadbir (Penkeranian/Operasi) Gred N22 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir (Penkeranian/Operasi) Gred N26 yang kosong apabila telah:-
i) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
ii)melepasi semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
iii)diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
5. PEMBANTU TADBIR (PENKERANIAN/OPERASI) – GRED N17
SYARAT LANTIKAN:
- warganegara Malaysia
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang berkebolehan/mahir mengendalikan komputer)
6. JURUTEKNIK (SENIBINA/ELEKTRIKAL) – GRED J17
SYARAT LANTIKAN:
- Sijil dalam bidang Senibina/Elektrikal/Awam daripada Politeknik-Politeknik tempatan atau kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan:
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
7. PEMBANTU KESIHATAN AWAM – GRED U17
SYARAT LANTIKAN:
- PMR/SRP atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
- Tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan
- Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Syarat Kenaikan Pangkat Secara lantikan (KPSL)
-Pengawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Am Pejabat, Atendan Kesihatan dan Atendan Haiwan adalah layak dipertimbangan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
i) mempunyai kelayakan di peranggan (a) di atas; atau
ii)lulus peperiksaan khas;dan
iii)berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
PERMOHONAN:
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang (MBSA 1) yang boleh dibeli di Kaunter Bayaran Tingkat G dengan harga RM3.00 tunai/naskah. Permohonan hendakalah dihantar kepada:-
Bahagian Sumber Manusia
Majlis Bandaraya Shah Alam
TIngkat 1, Wisma MBSA
Peti Surat 7200
40706 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tarikh Tutup Permohonan : 5 April 2010
PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
i) Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;
ii) Permohonan daripada kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
iii) Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil yang disahkan;
iv) Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
v) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga(3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Jawatan Kosong TESDEC
1. Penolong Pengurus Kewangan & Akaun W41
2. Pensyarah Automotif DG41
3. Eksekutif Infra / Bangunan (TA) J29
4. Pembantu Peribadi KPE N27
5. Pembantu Tadbir N17
DOWNLOAD IKLAN
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :
Kolej TESDEC
d/a : Kawasan Perindustrian Bukit Khor
21600 Marang, Terengganu
(u.p : Bahagian Sumber Manusia)
Sila Sertakan Resume lengkap dan Salinan sijil-sijil yang berkaitan
Tarikh tutup permohonan pada 4 April 2010 Sebelum jam 5.00 petang
Jawatan kosong : Akademi Laut Malaysia (ALAM)
In line with our quest to become the "Nerve Centre for Maritime Excellence", we are sourcing for suitably qualified and experienced individuals to join our dynamic team and pursue an excellent career opportunity with us, in the following positions:
Jawatan
1. SENIOR LECTURERS/LECTURERS FOR NAUTICAL STUDIES & MARINE ENGINEERING COURSES
2. INSTRUCTOR
3. WARDEN
4. SECRETARY TO CEO
[ * IKLAN LENGKAP * ]
Interested candidates are requested to write-in to the following address stating full details of qualification(s) and experience, present and expected salary, contact number, postal as well as electronic mail addresses and enclose together a recent passport-sized photograph (n.r.) to:
Head, HR Management & Administration
AKADEMI LAUT MALAYSIA (ALAM)
Window Delivery 2051,
Masjid Tanah Post Office
78300 Masjid Tanah,
MELAKA
Tarikh tutup : 30 April 2010
PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI
Individu yang memiliki kelayakan minimum ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang Fesyen, ‘Chef Training/Culinary Art’, Penyamanan Udara dan Bahasa Isyarat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41.
Individu yang memiliki diploma dalam bidang Sains Kesetiausahaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripadu institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dipelawa untuk memohon jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29.
Pemohon bagi jawatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH41 dan DH29 perlu mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Permohonan boleh dikemukakan di www.jobsmalaysia.gov.my atau melalui Portal SPP.
Setiap permohonan adalah sah untuk tempoh satu tahun dari tarikh permohonan. Pemohon yang melepasi asas tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya akan menerima panggilan temu duga.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8871 7477 atau melalui iForum.
IKLAN JAWATAN KOSONG BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN 2010
Permohonan adalah dipelawa kepada semua Warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. JAWATAN : PEMBANCI
2. TARAF JAWATAN : SAMBILAN
3. KUMPULAN : PERKHIDMATAN SOKONGAN
4. GAJI : GAJI HARI/RM 35.73 SEHARI
5. ELAUN KHIDMAT AWAM : RM 5.00 SEHARI
ELAUN SARA HIDUP : RM13.04 SEHARI
6. SYARAT KELAYAKAN
i) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan dengan LULUS dalam matapelajaran Bahasa Malaysia atau;
ii) Pegawai yang sedang berkhidmat bagi kumpulan sokongan gred 17 hingga 26
dan mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan dan;
iii) Berumur 18 tahun ke atas
iv) Berkebolehan bertutur dan memahami bahasa yang paling luas digunakan di
kawasan bancian
v) Seberapa boleh calon hendaklah terdiri daripada mereka yang biasa dengan
kawasan tempatan dan
iv) Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai lesen memandu dan
kenderaan sendiri
8. TEMPOH PERKHIDMATAN
28 Jun 2010 – 22 Ogos 2010 ( 8 minggu)
9. CARA MEMOHON
i) Permohonan hendaklah menggunakan www.jobsmalaysia.gov.my
ii) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh
tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
10. DESKRIPSI TUGAS
i) Menjalankan tugas memungut, menyunting, merekod dan memproses data banci
/ penyiasatan.
11. Sila bawa sijil-sijil asal dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan semasa menghadiri
temuduga.
12. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 APRIL 2010
13. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri
IKLAN JAWATAN KOSONG
BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN 2010
Permohonan adalah dipelawa kepada semua Warganegara Malaysia yang
berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. JAWATAN : PENYELIA
2. TARAF JAWATAN : SAMBILAN
3. KUMPULAN : PERKHIDMATAN SOKONGAN
4. GAJI : GAJI HARI/RM 52.37 SEHARI
5. ELAUN KHIDMAT AWAM : RM 6.96 SEHARI
ELAUN SARA HIDUP : RM13.04 SEHARI
6. SYARAT KELAYAKAN
i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan atau;
ii) Pegawai yang sedang berkhidmat bagi kumpulan sokongan daripada gred 27
hingga 39 mendapat kebenaran dari ketua Jabatan atau;
iii) Pegawai yang sedang berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun di dalam
kumpulan sokongan daripada gred 17 hingga 26 dan mendapat kebenaran dari
ketua Jabatan dan;
iv) Berkebolehan bertutur dan memahami bahasa yang paling luas digunakan di
kawasan bancian
v) Seberapa boleh calon hendaklah terdiri daripada mereka yang biasa dengan
kawasan tempatan dan
vi) Keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai lesen memandu dan
kenderaan sendiri
8. TEMPOH PERKHIDMATAN
14 Jun 2010 – 10 September 2010 ( 17 minggu)
9. CARA MEMOHON
i) Permohonan hendaklah menggunakan www.jobsmalaysia.gov.my
ii) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan daripada tarikh
tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
10. DESKRIPSI TUGAS
i) Bertanggungjawab memantau pelaksanaan program dan aktiviti pengumpulan,
pemprosesan dan penyebaran data serta membantu penganalisaan data.
11. Sila bawa sijil-sijil asal dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan semasa menghadiri
temuduga.
12. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 APRIL 2010
13. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri
Bilangan Pembanci & Penyelia
Banci Penduduk & Perumahan Negeri Selangor
Daerah Bilangan Pembanci Bilangan Penyelia
Gombak (01) 112 788
Klang (02) 131 908
Kuala Langat (03) 34 233
Kuala Selangor (04) 36 247
Petaling (05) 275 1,924
Sabak Bernam (06) 19 128
Sepang (07) 31 219
Ulu Langat (08) 180 1,254
Ulu Selangor (09) 33 246
JUMLAH 851 5947
jawatan kosong SPA Perak
Iklan jawatan kosong di SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
tarikh tutup 9 April 2010
PEMOHON-PEMOHON ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA RAKYAT DYMM. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN YANG BERKELAYAKAN, LAYAK MEMOHON KEKOSONGAN JAWATAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM NEGERI PERAK SEPERTI BERIKUT:-
1.PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT (6 kekosongan)
2.PEMBANTU TADBIR (KEW)(40 kekosongan)
3.PEMBANTU TADBIR (P/O) (30 kekosongan)
4.PEMBANTU VETERINAR (18 kekosongan)
5.PEMBANTU TADBIR(PENYELENGGARA STOR)(2 kekosongan)
6.PELUKIS PELAN (8 kekosongan)
7.PEKERJA AWAM (77 kekosongan)
Maklumat lengkap
PERMOHONAN JAWATAN
KOSONG Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i). Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan. Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda. |