Department of Civil Defence

Pembantu Pertahanan Awam (KP17)

Syarat Lantikan:

(i) (a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh kerajaan; atau


(b) bekas anggota polis atau tentera yang berpangkat Koperal dan ke atas dan telah disahkan dalam jawatan
tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan
menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan; dan


(ii) calon yang memiliki kelayakan di perenggan (i) (a) hendaklah mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.



Deskripsi Tugas:


Bertanggungjawab mengetuai Pejabat Pertahanan Awam Daerah yang bertanggungjawab
ke atas tugas-tugas pentadbiran / kewangan, pengurusan pasukan dan operasi
bencana di daerah berkenaan.





Penolong Pegawai Pertahanan Awam (KP27)



Syarat Lantikan:


i) a) STPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau


b) Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.


[Gaji permulaan pada Gred KP27:
P1T5 RM1176.00]; atau


c) bekas Inspektor PDRM atau Leftenan ATM atau yang setaraf
dengannya dan telah disahkan dalam
perkhidmatan tersebut serta
mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; dan



ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Pertahanan Awam adalah
layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan
Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP27 tertakluk kepada kekosongan jawatan,
apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:


i) mempunyai kelayakan di atas; atau


ii) lulus Peperiksaan Khas; dan


iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.



Deskripsi Tugas:


Bertanggungjawab atas pentadbiran dan perancangan bagi peringkat negeri pada
keseluruhan dalam semua aspek pertahanan awam iaitu latihan dan gerakan.
Menyelia dan mengkordinasikan tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai-pegawai
Latihan dan Ketua-ketua Cawangan.



Pegawai Pertahanan Awam (KP41)


Syarat Lantikan:


i) a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; atau


b) Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.


[Gaji permulaan ialah pada Gred
KP41: P1T3 RM1628.32]; atau


c) Bekas Penolong Penguasa PDRM atau Kapten ATM
yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam
jawatan tersebut serta mempunyai
rekod perkhidmatan yang baik; dan



ii) lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.



Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan


Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Pertahanan Awam
adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik untuk KPSL ke jawatan
Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan:


i) mempunyai kelayakan di atas; atau


ii) lulus Peperiksaan Khas; dan


iii) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.



Deskripsi Tugas:


Bertanggungjawab mengurus hal ehwal pentadbiran dan pengurusan di peringkat
negeri termasuk menguruskan Latihan Gerakan Pertahanan Awam.



Cara Permohonan


Permohonan boleh dibuat melalui :


Borang
SPA8 atau layari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam iaitu www.spa.gov.my

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy