SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

1. JAWATAN
1.1 JAWATAN : PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI
GRED : DH41
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
1.2 JAWATAN : PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI
GRED : DH29
KUMPULAN : SOKONGAN
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
2. SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN
Syarat-syarat am ;
(a) terbuka kepada semua Warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Pegawai yang sedang berkhidmat
hendaklah berumur kurang dari 54 tahun.
(c) kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH41
(d) Kelayakan untuk lantikan terus ke skim DH41
(i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T3); atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dengan pendidikan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T4); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T 4); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T4); atau
(v) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan/ Ukur Bahan/ Ukur Tanah/ Ukur
Bangunan/ Seni bina Landskap/ Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T5); atau
(vi) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T7); atau
(vii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T9) bagi Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
serta menjadi ahli penuh badan-badan ikhtisas perakaunan yang diiktiraf kerajaan
P1T10; dan ahli penuh Institut Akauntan Malaysia P1T11); atau

(viii) Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T8); atau
(ix) Ijazah Doktor Falsafah (phD) dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41 P1:T11)
(e) Calon-calon para (d) (i) hingga (ix) yang memiliki Diploma Pendidikan diberikan satu
tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan.
PEGAWAI PENDIDIKAN PENGAJIAN TINGGI GRED DH29
(f) Kelayakan untuk lantikan terus ke skim DH29
(i) Diploma dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 P1:T1); atau
(ii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 P1:T2); atau
(iii) Diploma dalam bidang Pertanian/ Kejuruteraan/ Seni Bina/ Ukur Bahan/ Ukur Tanah/
Ukur Bangunan/ Seni Bina Landskap/ Perancangan Bandar dan Wilayah yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 P1:T3)
(g) Calon-calon para (f) (ii) dan (iii) yang memiliki Sijil Kursus Perguruan Lepasan Diploma
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan
tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan diberikan satu tangga gaji
lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan.
3. TARAF JAWATAN
Taraf jawatan adalah tetap
4. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
Calon-calon yang memasuki perkhidmatan seperti di perenggan 1.1 dan 1.2 adalah tertakluk kepada
syarat-syarat dalam skim perkhidmatan yang berkuatkuasa sekarang serta pindaan-pindaan yang
dibuat keatasnya dari masa ke semasa.
5. CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian di www.elx.gov.my. Pegawai awam yang
sedang berkhidmat juga boleh mengemukakan permohonan secara atas talian.
6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan adalah dibuka sepanjang masa. Walau bagaimanapun pengambilan peringkat pertama
akan mengambil kira permohonan yang diterima dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh iklan.
7. PERINGATAN
Semua maklumat yang dikemukakan di dalam borang permohonan adalah dianggap benar. Jika
terdapat sebarang penipuan berkaitan maklumat yang diberikan, permohonan akan
dibatalkan serta-merta dan nama pemohon akan disenaraihitamkan.

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy