MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

1. Juruaudit Gred W41

Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan & Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan: Kewangan

Jadual Gaji:
P1T1 RM1702.81 – P1T27 RM4688.95
P2T1 RM1798.82 – P2T27 RM4968.61
P3T1 RM1899.01 – P3T27 RM5255.39

2. Tukang Masak Gred N1

Taraf Jawatan : Tetap
Kumpulan Perkhidmatan: Sokonganl
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran & Sokongan

Jadual Gaji:
P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji
permulaan ialah pada Gred W41: P1T3); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji
permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); atau
(iii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji
permulaan ialah pada Gred W41: P1T8); atau
(iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh
Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada
Gred W41: P1T9); atau
(v) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: P1T10);
DAN
(d) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN (KPSL)
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Juruaudit adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Juruaudit Gred W41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau
(b) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

JAWATAN 2 :-
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta mempunyai pengalaman dalam bidang masak-memasak; dan
(ii) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Cara Memohon
a) Sila muat turun borang yang disertakan.
b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Ogos 2008

PERHATIAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Comments
0 Comments

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa sama ada melalui Portal SPA atau Portal JobsMalaysia. Walaubagaimanapun permohonan terkini akan membatalkan permohonan terdahulu. Sila pilih hanya satu (1) kategori borang yang bersesuaian dengan kelayakan anda dan bilangan jawatan yang boleh dipohon adalah maksimum 5 jawatan.

Sila mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.

IKLAN JAWATAN KOSONG DALAM PERKHIDMATAN AWAM
[Bahasa Malaysia][Bahasa Cina][Bahasa Tamil]
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme | pirzacomp system Copyright 2007 - 2008 Pirzacomp System | Privacy Policy